Saturday, August 30, 2008

MAHA 2008


Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 (MAHA 2008) yang diadakan di Malaysia Agro-Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 11th - 23rd August 2008.Pameran MAHA merupakan satu langkah yang bijak yang telah diambil oleh kerajaan untuk membantu para usahawan, terutama sekali usahawan IKS bagi mempamerkan produk-produk mereka untuk bersaing di peringkat global.





Suasana semasa pameran, ramai pelanggan yang datang untuk melihat sendiri produk-produk yang dihasilkan oleh usahawan tempatan.





Pokok tomato di kiosk MARDI






Dugong yang telah diawet.

















Thursday, August 14, 2008

Berjasa pada tanah, memberi pendapatan RM100,000 sebulan


GELANG PATAH: Berkat ketekunan berbakti pada tanah serta tidak mahu bergantung simpati orang, Ahmad Md Salleh yang suatu ketika tidak mempunyai pendapatan tetap selepas bergantung pencarian sebagai nelayan pantai, kini mampu tersenyum menikmati pendapatan mencecah hampir RM100,000 sebulan melalui ladang sayurnya.


Melalui tanah terbiar yang dimiliki Nusajaya, Ahmad, 52, bertekad memohon dan meneroka tanah di Kampung Simpang Arang dan Tebing Runtuh di sini, seluas kira-kira 20 hektar untuk ladang sayur. Selain itu, Ahmad tidak mengharapkan bantuan dan khidmat nasihat agensi atau jabatan kerajaan berkaitan ketika memulakan projek yang menelan belanja kira-kira RM20,000.


"Saya amat bersetuju dengan matlamat kerajaan yang mahu menjadikan pertanian suatu perniagaan kerana bidang ini amat menguntungkan selain membantu negara tidak bergantung kepada sayuran import," katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di ladangnya di Kampung Simpang Arang dekat sini. Ketika tiba di ladangnya, dua lori milik pemborong sayur sibuk memunggah timun, terung, kacang panjang, lada merah serta petola dan Ahmad mengakui ladangnya mampu mengeluarkan sayuran antara empat hingga lima tan sehari.


Ahmad yang mempunyai 10 pekerja warga Indonesia serta seorang ketua pekerja berbangsa Cina, berkata kira-kira 30 peratus sayurannya terutama timun dan terung dipasarkan terus ke Singapura berikutan mematuhi piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa negara berkenaan kerana mengandungi kadar racun serangga minimum. Katanya, bagi memastikan ladang sentiasa mengeluarkan hasil, setiap jenis tanaman disulam tanaman lain dengan setiap pokok terung ditanam dengan pokok betik dan apabila terung dituai dalam tempoh 45 hari, beberapa hari kemudian betik pula dituai.


Ditanya bagaimana mulanya menceburi penanaman sayuran, Ahmad berkata, pada waktu mudanya, beliau hanya bekerja sebagai nelayan pantai di sekitar Pendas serta Tanjung Kupang dan pendapatan ketika itu diibaratkan 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. "Saya kemudian menceburi bidang penternakan udang tetapi tidak berhasil kerana amat sukar dijaga selain makanannya amat mahal," katanya.
Beliau yang kini memiliki syarikat Ahmad Cemerlang Enterprise mengakui usaha kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menghidupkan semula program Buku Hijau dan mahu tanah terbiar ditanam dengan sayur-sayuran amat bertepatan. Ahmad berkata, beliau menasihatkan generasi muda terutama Bumiputera menceburi penanaman sayuran kerana pulangannya terjamin disebabkan ia bahan makanan utama.


"Bayangkan, harga timun dari ladang kini RM1.40 sekilo, manakala terung mencecah RM2.20 sekilo dan setiap hari pasti ada permintaan. Kita perlu tekun dan berusaha kerana Allah yang menyediakan rezeki," katanya.
Petikan drp : Berita Harian

Wednesday, August 13, 2008

Sesi pengenalan kepada weblog ku

Hari ini adalah hari pertama aku nak berjinak-jinak untuk menulis blog, sebenarnya keinginan tu dah lama nak tulis blog tapi aku tak tahu nak tulis pasal ape..... Ntah macam mana terdetik pulak aku nak tulis pasal usahawan-usahawan baru dan lama yang berjaya kat Malaysia ni...


Aku nak tulis pasal usahawan ini sebab sebulan yang lepas, kalau tak silap aku la...aku terbaca kat berita harian pasal jutawan hanya menanam serai. Tanam serai je dah boleh jadi jutawan, menarikkan?

Secara kebetulannya, selang beberapa hari selepas aku terbaca berita pasal jutawan serai tu, aku telah berjumpa sendiri dengan salah seorang rakan kongsi usahawan tersebut secara tidak sengaja, rupa-rupanya usahawan tersebut adalah salah seorang daripada kenalan kawan aku, kami berborak panjang pasal projek tanaman serai yang beliau jalankan, selepas panjang lebar aku mendengar pasal projek tanam serai tersebut......wah best jugak kalau jadi usahawan ni.... income dia boleh tahan la masyuk....

Daripada kisah itulah aku dapat idea nak tulis pasal usahawan ni.....aku sendiri pun sebenarnya minat juga nak jadi usahawan, tetapi aku terpaksa pendam la dahulu niat murni aku ni, bila dah sampai masanya, insyaallah termakbul niat suci aku ni...

Hari ini , aku putuskan tak nak menulis panjang-panjang, cukup lah sekadar register dan pengenalan serba sedikit mengenai weblog aku ni....Mungkin lain kali bila ada masa lagi, boleh lah aku mengayat lagi...